Program MIV dengan DTT Negeri Sarawak untuk Kluster Bau
20 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 Oktober 2019 (Sabtu), telah diadakan Program MIV dengan DTT Negeri Sarawak untuk Kluster Bau di Pusat Internet Krokong.Program Malaysian ICT Volunteer(MIV) dengan DTT dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Program ini memberi penerangan mengenai Siaran TV Digital Myfreeview memandangkan siaran TV Analog akan ditutup pada 31 Oktober 2019 bagi negeri Sarawak dan Sabah.
Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada sukarelawan tentang maklumat asas MIV.Program ini bermula pada jam 02.00 petang hingga 05.00 petang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Krokong.Seramai 18 orang peserta telah menghadiri program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: